Photobucket

Tuesday 31 May 2011

Seorang perempuan berpotongan seksi dan cantik memakai skirt ketat separas lutut dan sehelai blouse lengan panjang sedang berdiri di sebuah perhentian bas. Ketika itu ramai orang sedang memenuhi pondok tersebut.

Apabila bas datang, perempuan tersebut mengalami kesukaran untuk memanjat tangga bas dek kerana skirtnya yang ketat tersebut.

Setelah berfikir seketika akhirnya dia mengambil keputusan untuk membuka sedikit zip skirtnya, namun masih gagal dan dia menurunkan sedikit lagi zip tetapi masih sukar, akhirnya dia terus membuka keseluruhan zip skirtnya kerana tiada apa yang perlu dibimbangkan sebab bajunya dimasukkan kedalam skirt... namun dia masih juga gagal memanjat tangga bas, sedangkan ramai orang sedang beratur dibelakangnya.

Perempuan tersebut telah habis akal, sedang dia berfikir tiba-tiba dia terasa ada tangan menolak punggungnya menaiki tangga bas, dia menoleh dan didapati lelaki dibelakangnya yang melakukan perbuatan tersebut.

Dengan nada lantang dia memarahi lelaki tersebut "Apahal ko pegang punggung aku? gatal!"

Jawap lelaki tersebut "ko pun gatal jugak... yang pergi bukak zip seluar aku tiga kali apasal?"

*moralnye..jgnlah kite mmbetulkn zip didpan bas..keh3!

dikutip dr : kisah skirt ketat~

Monday 30 May 2011